Come Away with Me
Come Away with Me

Come Away with Me

Fail:Don't Know Why sample.oggCome Away with Me merupakan album sulung Norah Jones yang dikeluarkan oleh Blue Note Records pada 26 Februari 2002.[1] Sesi rakaman album ini bertempat di Sorcerer Sound Studio, Bandar Raya New York dan Allaire Studios, Shokan pada tahun 2001.[2]Album ini telah menerima kritikan dan kejayaan komersial pada tahun 2002 berikutan tersenarai dalam carta Billboard 200 dan beberapa carta jaz. Selain itu, album ini mengungguli senarai kritikan "album sepanjang tahun" dan berjaya mengumpul anugerah terbesar sepanjang proses pengedarannya,[3] termasuklah lapan Anugerah Grammy.[4] Mengikuti jualan awalnya, Come Away with Me telah mendapat pengiktirafan diamond oleh RIAA pada 15 Februari 2005 setelah terjual sebanyak lebih 10 juta salinan dalam tempoh tiga tahun selepas penjualannya[5] serta 26 juta salinan di seluruh dunia.[6]